Poker Kasino
Bermain poker di meja kasino sebenar boleh mengujakan, tetapi ia tidak sesuai untuk semua orang. Terdapat banyak cabaran perlu diambil kira, daripada mendapat tempat duduk di meja yang anda mahu, kepada mencari persekitaran yang bebas asap rokok.
Bilik poker dan kasino dalam talian menawarkan pengalaman sama yang boleh ditemui di Las Vegas dan kasino di seluruh Amerika Syarikat. Namun begitu, poker kasino dalam talian mempunyai beberapa kelebihan yang ketara.
Jika anda berminat untuk beralih daripada perjudian dalam talian kepada meja secara langsung—dan pertandingan besar seperti World Series of Poker—belajar untuk berjudi dalam talian juga akan membina asas pengetahuan dan kemahiran yang kukuh tanpa memerlukan pelaburan besar daripada perjudian secara langsung.
Panduan Pemain Poker Kasino
Panduan ini meliputi jenis-jenis poker yang sering dilihat di meja kasino dan versi dalam taliannya. Anda akan mempelajari pelbagai kelebihan yang ditawarkan kepada pemain dalam talian, serta bagaimana pemain boleh menikmati aspek sosial perjudian secara langsung menggunakan strim video.
Apakah Jenis Poker yang Dimain di Kasino?
Jika anda baru dalam poker, anda mungkin tertanya-tanya apakah jenis permainan yang harus diberikan tumpuan. Permainan yang paling lazim di kasino dan pertandingan profesional adalah seperti yang berikut:
- Texas Hold'em
- Omaha Hold'em
- Seven Card Stud
- Draw Poker
Sesetengah pertandingan akan menawarkan lebih banyak variasi samar-samar seperti Razz dan Eight-or-Better. Kebanyakan permainan ini merupakan variasi ringkas bagi seven card stud dengan nilai kad dan hand yang berlainan, jadi mudah untuk menyesuaikan diri dengan pantas. Anda pasti akan menemui sekurang-kurangnya satu atau dua permainan di atas dimain dengan kerap, tetapi mendapatkan meja Razz di kasino sebenar boleh jadi sukar.
Texas Hold'em merupakan permainan yang paling kerap dimainkan dalam pertandingan profesional di kaca televisyen. Tetapi yang menarik sekali, Omaha Hold'em lebih sesuai untuk strategi yang paling banyak digunakan oleh pemain dalam talian. Texas Hold'em perlu dipelajari jika anda berhasrat untuk menjadi seorang pemain profesional dalam permainan secara langsung, tetapi jika anda berasa puas menjadi pemain peringkat pertengahan yang baik di laman dalam talian, anda boleh dapati bahawa Omaha Hold'em adalah cara yang terpantas untuk mencapai matlamat anda.
Apakah Kelemahan Perjudian Poker Kasino Secara Langsung?
Masalah paling besar dengan perjudian kasino secara langsung cumalah kekurangan meja. Jika anda mengelilingi lantai kasino di Las Vegas atau tempat yang sedemikian, anda akan perasan bahawa bilik poker selalunya kecil. Ini kerana poker tidak mendatangkan banyak keuntungan buat kasino—dan itulah sebabnya mesin slot yang terang dan menguntungkan menguasai ruang lantai kasino.
Untuk mendapat tempat duduk di meja kasino, pemain selalunya perlu mendaftar dalam senarai menunggu. Anda perlu tunggu di kasino sehingga nama anda dipanggil, dan jika anda tidak muncul dalam masa lima hingga sepuluh minit, tempat anda akan diberikan kepada orang yang seterusnya. Anda boleh menjangkakan untuk tunggu selama sejam atau lebih. Kasino kurang menawarkan aktiviti yang tidak melibatkan wang, jadi masa menunggu anda cenderung untuk menghabiskan dana anda.
Seterusnya, terdapat masalah untuk mencari meja dengan pertaruhan yang sesuai. Meja yang disediakan terhad, dan kasino membuat keuntungan daripada peratusan pot bagi setiap hand yang dimainkan. Jadi poker kasino lebih cenderung kepada taruhan tinggi. Taruhan tinggi pula menarik lebih ramai pemain cekap yang memburu pesaing yang tidak berpengalaman ataupun “ikan.” Jadi jika anda bukan seorang pemain yang berpengalaman, amat sukar untuk mencari pertandingan yang sesuai dengan tahap anda serta serasi dengan dana anda.
Kemudian ada pula isu tentang merokok. Bilik poker di Las Vegas dan California tidak membenarkan merokok semasa berjudi, dan anda juga tidak dibenarkan merokok di mana-mana meja pertandingan. Bukan perokok yang bermain di luar California dan Nevada pula sukar untuk mencari perjudian tunai di mana merokok dilarang.
Akhir sekali, terdapat perbelanjaan keseluruhan. Kita sudah pun menyentuh tentang kos menunggu giliran—serta kemungkinan anda perlu bermain dalam perjudian taruhan tinggi melebihi kemampuan anda. Kemudian ada pula pemberian tip. Ia menjadi satu kebiasaan untuk memberi tip kepada dealer—selalunya satu dolar bagi setiap pot yang dimenangi. Ia juga satu kebiasaan untuk memberi tip kepada juruwang apabila anda menang, pelayan koktel apabila mereka membawa minuman dan makanan ke meja anda, dan mana-mana staf kasino yang memberi perkhidmatan semasa bermain. Perbelanjaan ini boleh meningkat dengan pantas. Ditambah lagi dengan kos penerbangan untuk ke kasino dan harga bilik hotel, anda sudah membelanjakan banyak wang yang tiada kaitan pun dengan permainan!
Kelebihan Perjudian Dalam Talian
Apabila anda berjudi dalam talian, anda anda menikmati:
- Mana-mana meja perjudian, tersedia bila-bila masa sahaja anda mahu
- Pertaruhan pilihan anda (termasuklah taruhan mikro dan pertandingan terbuka yang tidak akan dilihat di kasino sebenar)
- Persekitaran yang paling selesa
- Tiada perbelanjaan tip
Anda juga akan memberi lebih sedikit wang daripada bankroll anda kepada tuan rumah. Walaupun perjudian dalam talian cenderung untuk mengecaj jumlah kaut “rake” yang sama (yuran komisen yang diambil oleh tuan rumah) berbanding kasino sebenar, anda akan membelanjakan lebih sedikit dalam jangka masa panjang disebabkan oleh pelbagai tawaran dan bonus pulangan kaut “rakeback.” Kebanyakan kasino dalam talian memberi anda beberapa peratus daripada rake anda pada setiap hujung bulan, secara umumnya 25% hingga 50%.
Pemain dalam talian yang berpengalaman juga boleh bermain beberapa meja secara serentak. Mengapakah ini satu kelebihan? Ini satu-satunya cara untuk meningkatkan jangkaan kadar keuntungan per jam tanpa perlu beralih kepada perjudian taruhan tinggi di mana saingan menjadi lebih sengit. Pengagihan kad bergerak lebih pantas dalam talian berbanding meja sebenar, jadi anda mendapat lebih banyak pengalaman tanpa bertaruh terlalu banyak.
Elemen manusia tidak wujud dalam perjudian dalam talian. Walaupun sesetengah orang tidak sukakan ini, pemain dalam talian selalunya lebih suka bermain tanpanya. Pemain baru tidak perlu bimbang tentang reaksi atau cuba untuk membaca pemain lain, dan boleh menumpukan usaha mereka untuk mempelajari asas-asas permainan.
Pemain biadap boleh bercakap bukan-bukan atau membuat bising dengan sengaja semasa berjudi untuk cuba mendapatkan kelebihan. Kerenah ini dipanggil “angle shooting” ataupun “bertindak sebelum giliran”, dan penyelesaian terbaik adalah dengan menutup tetingkap chat.
Poker Kasino Dalam Talian Secara Langsung
Katakan anda suka dengan elemen sosial perjudian secara langsung, tetapi tidak sukakan perbelanjaannya. Permainan poker strim adalah penyelesaian yang sempurna.
Dengan permainan poker dalam talian secara langsung, anda mendapat video strim dealer yang mengagihkan kad. Kebanyakan permainan ini membolehkan anda untuk berinteraksi menerusi antara muka yang berasaskan butang dan chat teks secara langsung. Terdapat juga permainan yang memerlukan kamera web supaya semua peserta boleh melihat dan mendengar satu sama lain.
Poker Kasino di Ruang Tamu Anda
Bermain poker kasino di rumah ataupun telefon anda sudah menjadi amat mudah. Anda akan menikmati kos yang lebih rendah, kurang gangguan, dan lebih kesenangan. Jika anda inginkan pengalaman untuk duduk di meja judi secara langsung tanpa semua kacau-bilau dan perbelanjaan tambahan, poker video strim secara langsung boleh jadi pilihan yang tepat.